Tuesday, December 14, 2010

Sehari di Tapak Ekspo MAHA 2010

27 November 2010

Seawal 7.00 pagi kami sudah bergerak keluar dari rumah untuk ke tapak ekspo MAHA di Serdang. Perjalanan lancar...hanya di pintu masuk ke tapak ekspo yang sesak untuk pengunjung meletakkan kenderaan apatah lagi pagi ni ada upacara perasmian. Memandangkan kenderaan yang menunggu giliran untuk ke kawasan parking sesak, cik baharin masuk ke link vip. Memang selamba....hahaha.....dapat parking pun dkt dgn pintu utama berhampiran kawasan gerai jualan.


Kami tiba di sana tepat jam 10.00 pagi. Memandangkan perasmian sedang bermula, maka kami ke kawasan gerai jualan dulu untuk meninjau pelbagai produk agriculture yang di pamer dan jualan.

Semangat ni beb.....

Buah pokok Ajaib. Rasanya yang manis bermanfaat untuk menggantikan gula. Minum ubat yang pahit pun boleh berasa manis. Kat rumah ada sepokok tumbuhan ini namun sukar untuk mendapatkan buahnya kerana sering di serang semut.
Buah umpama epal.


The purple lavender.. harum sungguh bunga ni....hingga boleh melenakan...banyak di gunakan dalam produk kecantikan dan kesihatan....

Pokok kupu-kupu kerana keindahan dedaunnya yang persis kupu-kupu. Sungguh memukau pandangan.

Daun mulbery membantu dalam perawatan pencerahan kulit. Buahnya enak dan boleh dibuat jem.

Pokok avacado. Enaknya buah avokado. Di bakery moment kami gunakan buah avocado dalam menu sandwich kami. Marilah rasai keenakkannya....


Bak mutiara...

Panah Arjuna.....sehebat namanya....

Cendawan batu yang berwarna-warni. Bak kata cik Baharin makan x habis...memanglah....dh x boleh dimakan apa nak habisnya kan....ish3.......

Ni pula pokok mata ikan...mungkin sebab bunganya bulat2 kecil umpama mata ikan....

Ceri barbados...besarnya buah ceri ni... mesti manis.


Lemon balm.


Oregano....selalu digunakan dalam masakan pasta...



Pokok menthos.


Lovely rosemary... Kami beli 3 pasu pokok ni....cik siti suka gunakan daunnya yang telah dikeringkan untuk memasak ayam panggang....sedap tau....kat bakery moment pun kami gunakan untuk 'Herby chicken rosemary sandwich dan pastri'.


Cili padi jawa...emmm pasti pedas. Kami beli 5 pokok anak2 pokok cili ni.


Set dan tumbuhan tanaman fertigasi yang turut dipamerkan dan ditawarkan kepada pengunjung MAHA. Kedengaran juga suara2 sinis pengunjung yang mengkritik mengatakan jika buat sendiri di rumah tidak akan secantik ini hasilnya....mereka silap...jika betul prosedurnya pasti menjadi....Kami dh cuba....dan Berjaya!!!


Bersama cik Lan, jurujual pokok yang sangat friendly.....& sporting lagi....


Cili India yang cantik... Kami beli 2 pokok untuk menambah koleksi.


Pemilihan pokok.......pilih betul2......


 Pokok Mentega pun ada......tapi bukan butter cup tau.....

 pergh.......strategik sungguh sanggah pokok cili ni.....unik dan kukuh....

Jimat dan murah cara ni.... che' Baharin dah berkenan.....hanya gunakan buluh untuk buat sanggah pokok cili. 

Besar dan mantap beb.......Gunakan baja yang betul untuk dapatkan buah yang cantik macam ni.... 

Ni pula pokok limau nipis spesis baru yang berbuah besar.... Berat buahnya boleh mencecah 150grm sebiji.... Kami beli 4 pokok untuk di tanam di kebun kami....Di samping itu kami juga membeli pokok limau nipis tanpa biji sebanyak 4 pokok serta 2 pokok limau kasturi yang berbuah besar....nanti bila dah berbuah, silalah kawan2 datang sama2 merasa buahnya ye...... 

Teman kami En. Haminuddin  merangkap mentor kami yang arif tentang tanaman dan produk berasaskan pokok Gaharu. Industri gaharu menjanjikan pulangan yang lumayan. Nilai pasarannya mencecah RM 14 - 18 ribu sekilogram dan minyak gaharu bernilai RM 48 ribu seliter. Konsepnya amat mudah, beli dari mereka anak pokok kemudian tanam dan jaga dengan baik dan mereka beli kembali selepas 5 tahun atau ukuran lilitan batang 9 inci. Ini adalah pelaburan yang amat menguntungkan. AGARWOOD AGRO & TECHNOLOGY ( MA0148895-T ) 017 2259517 - Haminuddin / 012 9882583 - Hassan.


Bergambar kenangan di peta tapak gerai jualan MAHA 2010.

Besarkan buah nangka ni...klu la pokok kat umah berbuah sebesar ni syoknya....ni kat gerai buah2an...tak rugi beli......kenyang seminggu....berangin sebulan.....hahaha...... 

Ok......kita tinggalkan tapak gerai jualan untuk melawat dewan pameran juga......


3 comments:

  1. Salam cik Izarin. Boleh bantu saya di mana nak dapatkan pokok rama-rama itu tadi. Adatak yang warna hijau. Pembekal pokok itu orang Malaysia atau luar negara. Terima kasih. En zee 012 6625112

    ReplyDelete

  2. Salam saya ada jual anak pokok rerama hijau kawasan Penang , Sungai Petani, Alor Setar shj. Hubungi/ whatsapp 
    013 3525815. Tqvm

    ReplyDelete
  3. salam..saya ada anak pokok rerama, jika berminat boleh wassap 012 6601722

    ReplyDelete